untukmu Malaysia!!
kegembiraan terpancar di seluruh wajah pemain2 & pegawai..
Detik keramat buat skuad bola sepak kebangsaan menjelma di bumi Laos sejurus mereka mencipta kemenangan ke atas Vietnam dgn jaringan 1-0 pada final acara Sukan Sea,di Stadium Utama,Kompleks Sukan Nasional,petang semalam.Selepas menanti selama 20 tahun,akhirnya pingat emas kembali ke genggaman Malaysia.Kemenangan ini juga menamatkan kemarau panjang skuad kita di pentas final itu.Kali terakhir skuad kita membawa pulang emas iaitu pd tahun 1989,ketika itu menewaskan Singapura dgn jaringan 3-1.Walaupun aku x dpt tgk match ni secara live,aku try jugak download kat youtube utk melihat aksi2 yg ditonjolkan oleh anak2 buah K.Rajagopal ni.Memang hebat,dgn barisan pertahanan yg utuh,dan barisan tengah yg teguh,ditambah dgn barisan penyerang yg bersungguh,kita akhirnya keluar sebagai jaguh...Dan yg paling aku rasa bangga,kita berjaya menutup mulut2 pengkritik yg mengatakan skuad Malaysia hanyalah skuad belasahan di temasya2 besar sebegini,terutamanya mulut coach Vietnam,yg overconfident dgn mengatakan aksi di final ini sepatutnya pertemuan antara Vietnam vs Thailand.Kenyataan ini seolah2 menghina skuad Malaysia dgn anggapan bahawa kita tidak layak utk beraksi di pentas final,akan tetapi kita telah membuktikan bahawa Thailand pun mampu kita tumbangkan dgn kemenangan 2-1 utk menjamin tempat ke final..Dan akhirnya ludah yg busuk itu dijilat kembali olehnya apabila Vietnam tersungkur di kaki pemain2 Malaysia dgn jaringan 0-1,dimana gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemainnya ke gawang sendiri yg mana menambahkan lagi luka di hati mereka.ha3..padan muka,tu la,bila2 ckp besar lagi!!
p/s:jangan terlalu taksub dgn diri sendiri,takut lama2 makan diri..renung2kan!
0 comments:
Post a Comment