19.12.09

SaLAm MaAL HiJRaH 1431..

Posted by pe'ee_87




HIJRAH..apakah hijrah? Apa yg kamu tahu tentang hijrah? Bagi aku,hijrah itu merupakan satu lipatan sejarah yg mana ianya berlaku ke atas junjungan besar Nabi Muhammad(SAW),dan satu peristiwa yg agung ini merupakan satu bicara Allah kpd hamba2nya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi mampu disedari melalui mata hati .Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu sia2,ini terbukti dgn berlakunya peristiwa ini,yg mana di dalamnya menceritakan bagaimana rintangan dan ujian yg harus ditempuhi oleh Rasulullah dan sahabat2nya dalam melaksanakan misi yg mulia ini,utk membiarkan kita berfikir dan mengambil iktibar drpnya.Masakan tidak,jika itu bukan hadafnya sudah tentu Allah Subhaanahu Wataala menghantar terus Nabi Muhammad ke Madinah tanpa perlu melalui proses2 sebegini.
Dan di kesempatan ini aku cuma ingin berkongsi apa yg telah aku konklusikan tentang peristiwa ini dari segi hikmah dan pedoman2nya,yg mana ianya boleh kita jadikannya sebagai perisai diri utk menghadapi kemudian hari.Antaranya:
1-Dari segi hukum-hakam:Para ulama telah mengeluarkan byk hukum syariat yg terkandung dlm peristiwa hijrah ini antaranya ialah kewajipan berhijrah dari negara Kafir sekiranya negara itu menghalang umat Islam dari melaksanakan ibadah kpd Allah.Akan tetapi,jika seseorang itu mampu berhadapan dgn tekanan dari musuh dlm melaksanakan ibadah itu maka dia dibenarkan tinggal selagimana dia mampu menegakkan ibadah wajib kpd Allah.Begitu jugalah kpd orang yg tidak berkemampuan spt orang2 tua@uzur,kanak2 dan org yg  tiada jalan baginya utk berhijrah(spt kekurangan harta..).
Firman Allah:
(Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). (An Nisa’ ayat 97-98)
2-Perancangan yg teliti berbekalkan tawakkal selalunya berakhir dgn kejayaan yg diimpi.Ini dgn mengambil iktibar dari hijrah Rasulullah,dimana Baginda menggabungkan strategi yg rapi,komitmen yg tidak berbelah bahagi,rahsia yg diikat erat,kepercayaan yg penuh sarat,ditambah dgn ketetapan masa dan tindakan,diiringi dgn wahyu dari Allah telah berjaya menyempurnakan misi hijrah ini.
Contohnya:Rasulullah tidak menggunakan jalan biasa ke Madinah,kerana Baginda sudah tahu bahawa puak2 Musyrikin bersedia mengepungnya di sana dari setiap sudut,dan lalu Baginda memilih jalan persisiran laut yg tidak diketahui oleh sesiapapun dgn bantuan seorang musyrik yg amanah bernama Abdullah bin Uraiqah.Baginda juga tidak terus menuju ke Madinah,sebaliknya memilih Gua Thur sebagai tempat persinggahan utk mengelirukan kaum Musyrikin Makkah.Dgn melantik Abdullah bin Abu Bakar sebagai perisik,Asma' bt Abu Bakar sebagai pembekal makanan,misi itu berakhir dgn jayanya.
3-Sesebuah kejayaan itu memerlukan pengorbanan yg tinggi,lebih2 lagi dlm arena dakwah.Kata org,bukan senang nak senang,dan bukan susah nak senang.Kita dpt lihat dlm peristiwa hijrah ini,bagaimana pengorbanan Rasulullah yg sanggup berkorban segala2nya dgn meninggalkan kesenangan hidup,bertarung nyawa,dan mengorbankan rasa rindu Baginda terhadap bumi Makkah yg begitu disayanginya(ini kerana Baginda dilahirkan di Makkah).Lihat pula kpd Saidina Abu Bakar Asssiddiq,seorang hartawan yg sanggup mengeluarkan sejumlah besar dari hartanya demi Islam.Saidina Ali pula sanggup bertaruh nyawa menggantikan tempat Baginda tidur di kamarnya sewaktu puak Musyrikin menyerang rumah Baginda.Saidini Abdullah bin Abu Bakar yg sanggup jadi spy,dan Asma' yg dlm keadaan dirinya mengandung,mendaki gunung semata2 utk menghantar bekalan makanan kpd Baginda & bapanya.Allahuakbar! Tak terbayang betapa mulianya mereka ini..
4-Bukti bahawa Islam itu adalah agama yg memupuk cinta dan kasih sayang antara umatnya.Dakwaan Barat yg mengatakan kononnya Islam itu terrorist,menggalakkan keganasan,menyeru umatnya supaya selalu berperang,ini semuanya prejudis dan benar2 tidak masuk akal.Kita dpt lihat dlm peristiwa hijrah ini,bagaimana Rasulullah mendamaikan kabilah Aus dan Khazraj yg selama ini bermusuhan di atas satu nama iaitu Ansor,dan suku kaum Makkah yg saling berpecah belah di atas nama Muhaajirin,lalu Nabi satukan mereka di bawah payung akidah yg satu,iaitu Islam.Ini buktinya bahawasanya Islam itu mementingkan ukhuwwah,saling tolong menolong,hormat-menghormati sesama insan tidak kira apa bangsa dan agama sekalipun.
5-Menunjukkan betapa pentingnya nilai masa dan tarikh di sisi Islam.Aku terfikir,kenapa Saidina Umar Al-Khattab memilih tahun penghijrahan Nabi(SAW) sebagai permulaan kalendar Islam? Jawapannya tidak syak lagi kerana di situlah adanya keberkatan dan nilai islamik yg dinamik.Di samping itu juga supaya mengingatkan kita kpd peristiwa ini sebagai lambang perjuangan Nabi Muhammad dan umat Islam.Dan hasilnya,pada hari ini kita dpt lihat ummat Islam menyambutnya dengan sambutan yang meriah. Majlis doa akhir tahun dan awal tahun dibuat di merata-rata tempat menjelang tahun baru hijrah. Sambutan Maal Hijrah saban tahun dirayakan. Tetapi sayang, kita hanya merayakannya dengan majlis sambutan yang kita sangkakan ia penghayatan dan pelaksanaan terbaik terhadap sistem kalendar Islam itu. Tanpa disedari, kita selama ini telah mengasingkan banyak perkara dari menggunakan tarikh hijriah. Contohnya tarikh surat rasmi, iklan dan sebagainya. Kadang-kadang agak bernasib baik bagi yang meletakkan tarikh hijriah bersama dengan tarikh Masihi.Kenapa semua ini boleh berlaku? Aku tak nak cakap lu pikir la sendiri,tapi aku cakap kita pikir la sama2!
6-Membentuk peribadi & jati diri muslim yg hakiki.Dgn berpandukan kpd peristiwa hijrah ini,seseorang itu boleh belajar mencontohi sifat2 mulia yg ada di dlm diri Rasulullah dan yg penting sekali mempraktikkannya dlm kehidupan sehariannya.
Firman Allah:
{لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الأخر} 
(Sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah merupakan contoh tauladan yg begitu baik bagi mereka yg mengkehendaki Allah dan hari Akhirat) 
 p/s:sama2lah kita perbaiki diri demi agama yg dicintai.. HIJRAH,bawalah daku pergi bersamamu!!

0 comments:

Post a Comment