8.2.10

EnTErTaiNMeNT CiTY..

Posted by pe'ee_87

elo..elo..elo..spt yg aku janjikan pd minggu lepas,kali ni aku akan men'story'kan kat korang "tempat yg jauh itu"..ha3..x lah jauh sgt pon,lebih kurang stgh jam perjalanan dari hostel kami.itu x penting sgt pon,yg penting tempat ni akan menjadi mangsa utk aku melepaskan geram,tension,frust,boring..ape lg ek? nama tempat tu spt yg termaktub kat atas tu..bandar hiburan!! btol x apa yg aku translate tu? aa,lantak la..hi3..aku ke sana dgn kengkawan,atas nama rehlah pelajar melayu kuwait(PPMK). tempat ni lebih kurang sunway lagoon kt mlysia la,tp x sehebat yg kita punya.ha3..aku bangga jd rakyat mlysia!! eh eh,mengarut plak aku ni.seingat aku,ni kali ke 3 aku ke sana.sepanjang 7 tahun aku di kuwait ni.nk buat mcm mana,dah tempat tu best sgt,x kan nk miss kot? ha3..apapon,tempat tu mmg sempoi..kat bawah ni aku share gambar2 aku & the gang beraksi di e.city..apapon,jom layaaannn!


aku & the gang..


depan main gate..


geng malaysia..cayalah!


kereta yg akan membawa kami mengelilingi bumi..ha3


tgk? kan dah sampai kat eiffel tower..kelas gitu!


game yg paling aku suka..grand prix!!


itu dia racer sejati kita!! tp kaler kereta tu wat spoil je..


game ni paling ganas..tp aku x naik la.ha3..gayat2!


yg ni pon best gak,bumper car..


second round..ada org x puas hati ke kalah tadi? hi3..


setelah penat bermain,ni la tempat yg paling sesuai utk lepak..ha3


muka2 yg x puas hati sbb dah nk kena balik!! ha3..apapun,we'll come back!!


  

30.1.10

ReSuLT oH rEsULt..

Posted by pe'ee_87

Hooray..hooray! akhirnya habis jgak pengajian aku di sem 3 ni.kalau x silap the last paper pd hari rabu lepas,kira2 dah 3 hari la berlalu.kata orang,memang indah kalau dah habis exam,lagi2 dpt pulak cuti sebulan lepas tu.namun bagi aku,tiada apa yg menggembirakan aku sgt,sbb result aku teruk! ha3..bukanlah teruk sgt,tapi bagi aku,rasa2 nilah sem yg paling "hancus" bagi aku.korang nk tau result aku? x payah la,malu la..lagipun,x kan la aku nk bukak aib aku sendiri kan? semua yg aku predict x satu pun yg kena.tu la,orang suruh study awal2 x nak,last2 minute jgak kau study..padan muka! ha3..opps,silap! bukan semua subjek aku study last minute ye,ada jgak yg aku prepared awal2.tapi ni lah yg dikatakan roda kehidupan(bukan roda impian),kadang2 kita di atas,kadang2 kita di bawah.walaupun pd hakikatnya sukar utk aku menelan hakikat ni,tapi aku masih lg boleh terima dan insyaAllah,redha sama sekali.sbb aku tahu,kita sebagai pelajar,kita hanya belajar,berusaha,bertawakkal,namun taufiq(kejayaan) itu datang dari Allah Subhanahu Wataala.aku berkata begini bukannya hendak menyalahkan takdir,tapi untuk aku berlapang dada dlm menerima ujianNYA dan tidak sesekali berprasangka buruk kpdNYA.sbb time result keluar dulu pun,aku tertanya2 juga diriku sendiri,kenapa Allah tidak membantu aku? sekarang baru aku tahu,bahawa usaha saja tidak cukup utk menjamin kejayaan,sebaliknya ianya memerlukan doa dan restu ibubapa,dan yg paling penting TAWAKKAL.insyaAllah,akan ku praktikkan amalan2 ini utk aku membalas dendam di atas kesilapan aku pd sem ke 4 ni.okei la,aku pon bukannya rajin sgt nk membebel ni.lepas ni aku nk keluar jauh dari hostel,menuju ke satu tempat utk aku melepaskan segala ke'tension'an & ke'frust'an diriku ini.ke mana? tunggu di post yg akan datang,okei? bai bai..

11.1.10

FiNaL LiGA MeLAyU 09-10..

Posted by pe'ee_87

Kempunan lagi..itulah ungkapan yg mampu aku luahkan apabila team aku,team Rumaadhi kalah kpd team Ahmar di final Liga Melayu anjuran ittihad kami,Persatuan Pelajar Melayu Kuwait(PPMK) dgn jaringan 0-1.time tu aku rasa mcm nk nangis je,sbb aku & team mate aku telah berjuang habis-habisan utk memenangi match pd mlm tu.serangan yg bertali arus dilancar oleh team aku hampir2 saja menembusi gawang pihak lawan,namun inilah yg dinamakan takdir.mmg telah tertulis bahawa team aku hanya mampu menjadi naib juara pd liga sem ni.masakan tidak,seingat aku 2 percubaan kami dinafikan pihak lawan di atas garisan gol.arghh..pedih siot.tapi apapun,aku terima je kekalahan ni sebagai pembakar semangat utk aku berjuang membalas dendam pd sem ke 2 tak lama lg.he3..dan sekalung tahniah juga aku ucapkan kpd team Ahmar,sbb diorang main bagus pd mlm tu.tapi apapun keputusannya aku bangga dpt bermain dlm team ni,sbb pd pandangan aku team aku adalah team yg paling complete,hardworking,mempunyai semangat melawan yg tinggi dan memiliki skill yg hebat2 belaka.i love you all lah..dan di sebalik kekecewaan itu,ada juga yg kembali menceriakan aku apabila nama aku diumumkan sebagai the best defender dlm liga kali ni.(agak kembang jugak la hidung aku time tu..ha3).aku x bajet pon buleh menang award ni,tapi Alhamdulillah la,syukur sgt2.apapun,aku tau ni semua hasil bantuan team mate aku jugak..anyway,jumpa lagi di liga sem depan!!



hadiah2 yg menanti pemenangnya..



team aku,team Rumaadhi..



team musuh,Ahmar..ha3



time penyampaian hadiah,aku duduk ke'frust'an..hu3



terima medal the best defender..Alhamdulillah



bersama pingat2 yg dimenangi..



inilah hasil perjuanganku bersama-sama team aku.. 

19.12.09

SaLAm MaAL HiJRaH 1431..

Posted by pe'ee_87




HIJRAH..apakah hijrah? Apa yg kamu tahu tentang hijrah? Bagi aku,hijrah itu merupakan satu lipatan sejarah yg mana ianya berlaku ke atas junjungan besar Nabi Muhammad(SAW),dan satu peristiwa yg agung ini merupakan satu bicara Allah kpd hamba2nya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi mampu disedari melalui mata hati .Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu sia2,ini terbukti dgn berlakunya peristiwa ini,yg mana di dalamnya menceritakan bagaimana rintangan dan ujian yg harus ditempuhi oleh Rasulullah dan sahabat2nya dalam melaksanakan misi yg mulia ini,utk membiarkan kita berfikir dan mengambil iktibar drpnya.Masakan tidak,jika itu bukan hadafnya sudah tentu Allah Subhaanahu Wataala menghantar terus Nabi Muhammad ke Madinah tanpa perlu melalui proses2 sebegini.
Dan di kesempatan ini aku cuma ingin berkongsi apa yg telah aku konklusikan tentang peristiwa ini dari segi hikmah dan pedoman2nya,yg mana ianya boleh kita jadikannya sebagai perisai diri utk menghadapi kemudian hari.Antaranya:
1-Dari segi hukum-hakam:Para ulama telah mengeluarkan byk hukum syariat yg terkandung dlm peristiwa hijrah ini antaranya ialah kewajipan berhijrah dari negara Kafir sekiranya negara itu menghalang umat Islam dari melaksanakan ibadah kpd Allah.Akan tetapi,jika seseorang itu mampu berhadapan dgn tekanan dari musuh dlm melaksanakan ibadah itu maka dia dibenarkan tinggal selagimana dia mampu menegakkan ibadah wajib kpd Allah.Begitu jugalah kpd orang yg tidak berkemampuan spt orang2 tua@uzur,kanak2 dan org yg  tiada jalan baginya utk berhijrah(spt kekurangan harta..).
Firman Allah:
(Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). (An Nisa’ ayat 97-98)
2-Perancangan yg teliti berbekalkan tawakkal selalunya berakhir dgn kejayaan yg diimpi.Ini dgn mengambil iktibar dari hijrah Rasulullah,dimana Baginda menggabungkan strategi yg rapi,komitmen yg tidak berbelah bahagi,rahsia yg diikat erat,kepercayaan yg penuh sarat,ditambah dgn ketetapan masa dan tindakan,diiringi dgn wahyu dari Allah telah berjaya menyempurnakan misi hijrah ini.
Contohnya:Rasulullah tidak menggunakan jalan biasa ke Madinah,kerana Baginda sudah tahu bahawa puak2 Musyrikin bersedia mengepungnya di sana dari setiap sudut,dan lalu Baginda memilih jalan persisiran laut yg tidak diketahui oleh sesiapapun dgn bantuan seorang musyrik yg amanah bernama Abdullah bin Uraiqah.Baginda juga tidak terus menuju ke Madinah,sebaliknya memilih Gua Thur sebagai tempat persinggahan utk mengelirukan kaum Musyrikin Makkah.Dgn melantik Abdullah bin Abu Bakar sebagai perisik,Asma' bt Abu Bakar sebagai pembekal makanan,misi itu berakhir dgn jayanya.
3-Sesebuah kejayaan itu memerlukan pengorbanan yg tinggi,lebih2 lagi dlm arena dakwah.Kata org,bukan senang nak senang,dan bukan susah nak senang.Kita dpt lihat dlm peristiwa hijrah ini,bagaimana pengorbanan Rasulullah yg sanggup berkorban segala2nya dgn meninggalkan kesenangan hidup,bertarung nyawa,dan mengorbankan rasa rindu Baginda terhadap bumi Makkah yg begitu disayanginya(ini kerana Baginda dilahirkan di Makkah).Lihat pula kpd Saidina Abu Bakar Asssiddiq,seorang hartawan yg sanggup mengeluarkan sejumlah besar dari hartanya demi Islam.Saidina Ali pula sanggup bertaruh nyawa menggantikan tempat Baginda tidur di kamarnya sewaktu puak Musyrikin menyerang rumah Baginda.Saidini Abdullah bin Abu Bakar yg sanggup jadi spy,dan Asma' yg dlm keadaan dirinya mengandung,mendaki gunung semata2 utk menghantar bekalan makanan kpd Baginda & bapanya.Allahuakbar! Tak terbayang betapa mulianya mereka ini..
4-Bukti bahawa Islam itu adalah agama yg memupuk cinta dan kasih sayang antara umatnya.Dakwaan Barat yg mengatakan kononnya Islam itu terrorist,menggalakkan keganasan,menyeru umatnya supaya selalu berperang,ini semuanya prejudis dan benar2 tidak masuk akal.Kita dpt lihat dlm peristiwa hijrah ini,bagaimana Rasulullah mendamaikan kabilah Aus dan Khazraj yg selama ini bermusuhan di atas satu nama iaitu Ansor,dan suku kaum Makkah yg saling berpecah belah di atas nama Muhaajirin,lalu Nabi satukan mereka di bawah payung akidah yg satu,iaitu Islam.Ini buktinya bahawasanya Islam itu mementingkan ukhuwwah,saling tolong menolong,hormat-menghormati sesama insan tidak kira apa bangsa dan agama sekalipun.
5-Menunjukkan betapa pentingnya nilai masa dan tarikh di sisi Islam.Aku terfikir,kenapa Saidina Umar Al-Khattab memilih tahun penghijrahan Nabi(SAW) sebagai permulaan kalendar Islam? Jawapannya tidak syak lagi kerana di situlah adanya keberkatan dan nilai islamik yg dinamik.Di samping itu juga supaya mengingatkan kita kpd peristiwa ini sebagai lambang perjuangan Nabi Muhammad dan umat Islam.Dan hasilnya,pada hari ini kita dpt lihat ummat Islam menyambutnya dengan sambutan yang meriah. Majlis doa akhir tahun dan awal tahun dibuat di merata-rata tempat menjelang tahun baru hijrah. Sambutan Maal Hijrah saban tahun dirayakan. Tetapi sayang, kita hanya merayakannya dengan majlis sambutan yang kita sangkakan ia penghayatan dan pelaksanaan terbaik terhadap sistem kalendar Islam itu. Tanpa disedari, kita selama ini telah mengasingkan banyak perkara dari menggunakan tarikh hijriah. Contohnya tarikh surat rasmi, iklan dan sebagainya. Kadang-kadang agak bernasib baik bagi yang meletakkan tarikh hijriah bersama dengan tarikh Masihi.Kenapa semua ini boleh berlaku? Aku tak nak cakap lu pikir la sendiri,tapi aku cakap kita pikir la sama2!
6-Membentuk peribadi & jati diri muslim yg hakiki.Dgn berpandukan kpd peristiwa hijrah ini,seseorang itu boleh belajar mencontohi sifat2 mulia yg ada di dlm diri Rasulullah dan yg penting sekali mempraktikkannya dlm kehidupan sehariannya.
Firman Allah:
{لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الأخر} 
(Sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah merupakan contoh tauladan yg begitu baik bagi mereka yg mengkehendaki Allah dan hari Akhirat) 
 p/s:sama2lah kita perbaiki diri demi agama yg dicintai.. HIJRAH,bawalah daku pergi bersamamu!!

18.12.09

EgO VieTNaM LeBuR,piNGaT EmAS DiHuLUr..

Posted by pe'ee_87


 untukmu Malaysia!!



 kegembiraan terpancar di seluruh wajah pemain2 & pegawai..


Detik keramat buat skuad bola sepak kebangsaan menjelma di bumi Laos sejurus mereka mencipta kemenangan ke atas Vietnam dgn jaringan 1-0 pada final acara Sukan Sea,di Stadium Utama,Kompleks Sukan Nasional,petang semalam.Selepas menanti selama 20 tahun,akhirnya pingat emas kembali ke genggaman Malaysia.Kemenangan ini juga menamatkan kemarau panjang skuad kita di pentas final itu.Kali terakhir skuad kita membawa pulang emas iaitu pd tahun 1989,ketika itu menewaskan Singapura dgn jaringan 3-1.Walaupun aku x dpt tgk match ni secara live,aku try jugak download kat youtube utk melihat aksi2 yg ditonjolkan oleh anak2 buah K.Rajagopal ni.Memang hebat,dgn barisan pertahanan yg utuh,dan barisan tengah yg teguh,ditambah dgn barisan penyerang yg bersungguh,kita akhirnya keluar sebagai jaguh...Dan yg paling aku rasa bangga,kita berjaya menutup mulut2 pengkritik yg mengatakan skuad Malaysia hanyalah skuad belasahan di temasya2 besar sebegini,terutamanya mulut coach Vietnam,yg overconfident dgn mengatakan aksi di final ini sepatutnya pertemuan antara Vietnam vs Thailand.Kenyataan ini seolah2 menghina skuad Malaysia dgn anggapan bahawa kita tidak layak utk beraksi di pentas final,akan tetapi kita telah membuktikan bahawa Thailand pun mampu kita tumbangkan dgn kemenangan 2-1 utk menjamin tempat ke final..Dan akhirnya ludah yg busuk itu dijilat kembali olehnya apabila Vietnam tersungkur di kaki pemain2 Malaysia dgn jaringan 0-1,dimana gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemainnya ke gawang sendiri yg mana menambahkan lagi luka di hati mereka.ha3..padan muka,tu la,bila2 ckp besar lagi!!
p/s:jangan terlalu taksub dgn diri sendiri,takut lama2 makan diri..renung2kan!

8.12.09

CeRitA Di SeBaLiK ReMatCh bOLa..

Posted by pe'ee_87

Dek kerana terlalu teruja bermain buat kali pertama di atas padang futsal ari tu,pdg yg siap dibina hampir dua bulan lepas,aku pun cadang kat syabab mlysia & s'pore utk adakan rematch,tambah2 cuti raya pon panjang lg.so,kitorang pon telah sepakat nk main pd hari isnin,iaitu pd dua hari berikutnya.dan pd hari isnin,syabab2 dari qortubah((lokasi yg menempatkan asrama utk secondary school)) tiba seawal pkl 9 pagi,iaitu pd waktu yg ditetapkan.bagus2..aku pon apalagi,cepat2 bergegas turun dr bilik menuju ke pdg.tup tup,tgk pintu pagar pdg futsal tu berkunci,siap letak mangga plak tu.aku pelik,termenung seketika.mcm mana pintu ni buleh berkunci.sbb setau aku,pdg ni x pernah ditutup pagarnya,apatah lg dikunci.tiap2 petang aku nampak budak2 afrika ngan budak2 arab main bola kat situ.aku pon pergi la cari warden,nk mintak anak kunci tu.first,terjumpa ngan ustaz ahmad(warden),apalagi terus aku tanya dia psl kunci tu,tp dia ckp dia x tahu menahu psl pdg futsal ni.bukan bawah kerja dia,katanya.aku x putus asa,aku pon cari plak pak guard.dia pon jgak x tahu,2x5 je ngan ustaz tu.makan gaji buta ke apa diorang ni??
Pikir punya pikir,aku pon wat keputusan drastik,dgn memanjat je pagar tu ngan sorang junior aku dari s'pore,zulhakim.lepas tu,dtg 2 org lg syabab dan aku suruh diorang panjat.tgh diorang panjat pgr tu,tetiba ada sorang mamat ni,entah mangkuk hayun mana la,dtg & marah2 suruh kitorang keluar.sampaikan salam pon x sempat nk bagi..dia bengang sbb kitorang panjat pagar tu.aku pon tanya la dia,kau sapa senang2 nk suruh aku keluar.dia ckp,dia kontraktor yg buat pdg futsal ni.aku mcm x caya je,tgk dari segi percakapan dia pon x mcm org educated.ha3..aku ckp kat dia,kalau kau btol2 kontraktor,mesti kau ada key pintu ni,so bukak la supaya budak2 lain yg datang ckit lg x panjat pgr ni.aku tanya lg,knapa kau kunci pgr hari ni,sedangkan hari2 biasa yg lain kau x kunci pon.mcm2 je alasan yg x munasabah dia bagi.itu la,ini la.aku ckp kat dia,aku x kira,aku nk main jgak kat sini.bila dia dgr aku ckp mcm tu,lagilah dia bengang.pastu dia ugut aku nk panggil polis.aku ckp,sila la.aku x takut pon.apa kes polis nk dakwa aku? hanya sbb aku panjat pagar?? x logik2..dia pon dah mcm mati akal,last skali dia panggil ketua warden asrama,ustaz najib.dlm seminit lepas tu,ust najib sampai dgn anak2 buahnya.dia dtg kat aku,suruh aku kluar.dia ckp kat aku x payah la kau nk cari pasal ngan mamat ni,lagipun pdg ni di bawah tanggungan dia,x diserah sepenuhnya lagi ke kuwait university.nasib baik ustaz tu ckp baik2 ngan aku,so aku pon terima la.nk buat mcm mana lg kan? aku pon minta mamat tadi tu bukak pintu,sbb aku nk keluar.dia ckp,kau pandai masuk,kau pandai2 la keluar balik.ha3..terkena aku! dan time aku tgh panjat nk keluar tu,mamat tu mcm x puas hati lg.dia ambik plak gambar aku,katanya nk buat report,nk hntr kat pejabat asrama.aku apalagi,dah org nk ambik gambar tu,aku posing la puas2.ha3..aku kenakan dia balik! lepas tu,aku ckp kat syabab yg kita main je kat pdg pasir,yg terletak depan pdg futsal tu.time tu,aku rasa bersalah sgt kat adik2 junior aku,dah la diorang dtg dari jauh,kena plak main kat pdg pasir.aku minta maaf jika kalian semua terasa hati pd hari tu.kita hanya merancang,Allah yg menentukan..so,kitorang pon main je la kat pdg tu.dan resultnya,syabab s'pore menang tipis dgn jaringan 2-1.balas dendam nampak..ha3.anyhow,aku anggap peristiwa ini sebagai asam garam dlm hidup..


taktik dulu sebelum main..



counter attack oleh malaysia..



serangan yg bertali arus..



cubaan di depan pintu gol mlysia..




wisel penamat..

7.12.09

FriEnDLy MaTCh..

Posted by pe'ee_87

Pada hari raya kedua minggu lepas,x silap aku hari sabtu kot,kitorang pelajar malaysia telah mencabar pelajar s'pore utk beradu tenaga di atas padang futsal kat kuwait university.idea ni aku yg timbulkan,sbb aku rase dah lama benar x lwn ngan syabab2 s'pore ni.dah dekat ngan 5 tahun jgak la..semenjak batch abg dzarif(abg senior dari s'pore) & the gang meninggalkan bumi kuwait ini,sejak itu kami tak berkesempatan nk main bersama.kitorang adakan match ni pon bukannya sbb nk tunjuk sapa yg lebih hebat,tp sekadar utk mengisi masa lapang di cuti raya yg lepas.dan yg paling penting,utk menguat & mengeratkan lg tali silaturrahim antara kami yg sudah sedia utuh.sebenarnya aku plan nk buat match ni pagi,namun kusangkakan hujan akan berhenti,tp melarat sampai ke tghari.hok aloh..terpaksa la tunda match ke petang tu plak.selepas je lunch,kitorang pon turun ke padang yg terletak betul2 di depan asrama aku..sampai je kat sana,kitorang tgk padang basah,dilimpahi dgn air hujan smalam.tp nak seribu daya,tak nak seribu cara,kitorang pon bergotong royong la membersih dan menolak air yg ada kat atas pdg futsal tu ke tepi.inilah yg dinamakan semangat kesukanan yg tinggi.ha3..setelah lama menunggu,match pon bermula..



syabab s'pore(jersi putih),manakala syabab mlysia main bedal je..ha3



gol..gol..gomo mlysia gomo!



dek kerana terlalu boring,goalkeeper kita mula membaca sajak utk menarik perhatian pihak lawan..hi3



kelam kabut di depan pintu gol mlysia..


setelah bertarung selama hampir sejam,dgn pelbagai aksi ngeri ditonjolkan,sayup2 kedengaran bunyi wisel yg ditiup oleh encik ref kita(aku x ingat la sapa ref time tu,ssori ek..) menandakan tamatnya permainan.dan match ini dimenangi oleh syabab mlysia dgn jumlah jaringan yg agak besar,5 gol berbalas 2.dan yg paling aku hepi,nama aku turut tersenarai dlm senarai penjaring gol.ha3..(ala,aku score penalty je sebenarnya..).selepas itu,kitorang bersalam-salaman dan saling mengucapkan tahniah kpd team masing2.kitorang pon balik ke asrama utk mandi & menunaikan solat maghrib berjemaah..